GHB Bukan Proksi DAP - Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 7:00 AM

Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu bersama beberapa bekas pemimpin kanan PAS ketika sidang media pelancaran parti baru itu. Turut hadir bekas Timbalan Ketua Dewan Muslimat Mariah Mahmud, bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ahmad Awang, bekas Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kait, bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad, selain bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan minggu lalu adalah proksi parti berkenaan.

Guan Eng berkata, adalah tidak adil untuk melabel pihak yang menentang Barisan Nasional itu bersama DAP.

"Semua ini adalah cakap-cakap di kalangan Umno dan pihak yang menyokongnya. GHB sememangnya bukan proksi DAP.

"Kami menyambut baik sebarang usaha ke arah politik progresif kerana kami menghargai dan mahu pergerakan politik yang menyumbang untuk negara," katanya ketika merasmikan Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia.

Pengerusi Gerakan Harapan BaruPulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) bergambar bersama anggota jawatankuasanya.

Ditanya mengenai Datuk Salleh Man yang kekal sebagai wakil PAS tunggal dalam pentadbiran negeri iaitu Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Guan Eng berkata: " Sallah menyatakan pendiriannya membabitkan tiga perkara - tidak bersetuju dengan usul Ulama PAS untuk menamatkan hubungan dengan DAP; bersetuju Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan menyokong kerajaan Pulau Pinang."




Tags / Kata Kunci: GHB , Lim Guan Eng

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan