Dua Bekas KPN Gesa Siasat Isu Jatuhkan Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas Ketua Polis Negara menggesa polis menyiasat mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman dan keselamatan negara untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Negara kelima Tan Sri Abdul Rahim Mohd Nor berkata polis harus membuka kertas siasatan dengan segera kerana menjadi tanggungjawab mereka menangani cubaan pihak yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan secara tidak sah dan membelakangkan undang-undang negara.

"Cara yang sah untuk menukar kerajaan adalah mengikut undang-undang menerusi pilihanraya dan usaha selain daripada itu dikira salah daripada segi undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Ketua Polis Negara keempat Tun Mohammed Hanif Omar pula berkata tidak salah bagi parti pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan tetapi ia mesti mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara.

Mohammed Hanif dan Abdul Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mendakwa ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak setuju dengan cadangan menubuhkan pasukan siasatan khas kerana khuatir ia akan menimbulkan suasana panik di kalangan orang ramai.

"Apa yang penting adalah memulakan siasatan dan saya percaya polis sedang berbuat demikian," katanya.

Mohammed Hanif pula berkata sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen.

"Dalam hal ini tugas polis sebagai badan penguatkuasa undang-undang adalah menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada tindakan yang dilakukan pihak terbabit melanggar lunas undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya. -- Bernama


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan