Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Setakat 9 Pagi

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9 pagi ini walaupun bilangan kenderaan bertambah.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Expressways Bhd berkata, keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan adalah terkawal.

"Terdapat satu kemalangan kecil melibatkan bas di KM436 tetapi ia tidak mengganggu kelancaran lalu lintas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Sementara itu, aliran di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor bergerak lancar.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran di LPT 2 di kedua-dua arah juga bergerak lancar tanpa sebarang gangguan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: PLUS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan