SKMM Sekat Laman Web Sarawak Report - Berita Semasa | mStar

SKMM Sekat Laman Web Sarawak Report

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 10:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laman web Sarawak Report telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia boleh menjejaskan kestabilan negara.

Di laman Facebook SKMM berkata,  laman web itu disekat selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai bahawa ia telah memuat naik maklumat tidak berasas.

"Laman web ini telah disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ," jelas SKMM.

Katanya juga, akses akan disekat sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selesai.

SKMM juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila berkongsi maklumat melalui media sosial, yang boleh menyebabkan kekacauan dan menjejaskan kestabilan negara sekiranya maklumat itu tidak benar.

Laman web Sarawak Report telah menjadi sumber utama dakwaan salah laku mengenai 1MDB , dan telah menerbitkan beberapa cerita mengenai pelaburan kerajaan .

Tags / Kata Kunci: Sarawak Report , SKMM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan