OP Selamat: Kes Kemalangan Jalan Raya Terus Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12,383 kes kemalangan jalanraya yang menyebabkan 203 kematian direkodkan sehingga hari kedua Aidilfitri pada Sabtu, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada 10 Julai lepas.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata angka itu mencatatkan peningkatan berbanding 11,277 kemalangan dan 185 kematian sehingga hari pertama Aidilfitri pada Jumaat. 

“Daripada 203 kes kematian yang direkodkan sehingga 18 Julai, sebahagian besar melibatkan motosikal iaitu 123 kes diikuti 51 kes membabitkan kereta,"katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.  

Johor merupakan negeri yang mencatat kematian jalan raya paling tinggi dengan 36 kes diikuti Selangor (29), Pahang (21) manakala Perak dan Kelantan berkongsi jumlah sama iaitu sebanyak 19 kes.

Selain itu, sebanyak 76 kes direkodkan di jalan persekutuan, 56 kes dijalan negeri, 26 kes di lebuh raya, 23 kes di jalan bandar, dan 22 dijalan-jalan lain.

Mohd Fuad berkata sebanyak 123,190 saman juga dikeluarkan polis setakat ini yang membabitkan 61,940 kes memandu melebihi had laju, 2,781 kes memotong barisan dan 958 kes menyalahgunakan lorong kecemasan.

Tags / Kata Kunci: kemalangan meningkat , Op Selamat

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan