LLM, JKR Diarah Kaji Peningkatan Kadar Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 4:13 PM

Fadillah Yusof

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah untuk membuat kajian bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan peningkatan kemalangan di jalan-jalan persekutuan pada musim perayaan ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata menerusi kajian itu, kerajaan akan melihat secara keseluruhan faktor yang menjadi punca kemalangan agar tindakan bersepadu dapat diambil dalam menyemai budaya pemanduan selamat.

"Kita mahu melihat apakah puncanya, adakah ia disebabkan reka bentuk ataupun keadaan jalan yang tidak begitu selamat.

"Walaupun kita sudah menambah baik semua kawasan yang kerap berlaku kemalangan, nampaknya kadar kemalangan masih meningkat di jalan-jalan persekutuan," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitrinya di Samariang di sini, Ahad.

Lebih 12,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka itu termasuk anggota kabinet negeri dan pusat.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: LLM , JKR , Fadillah Yusof

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan