Kabinet Sarawak Luluskan Penubuhan Jawatankuasa Minyak Dan Gas

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 4:50 PM

Julaihi Narawi

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kabinet negeri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Minyak dan Gas Sarawak pada mesyuaratnya Jun lepas, kata Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata jawatankuasa itu, yang dipengerusikan Menteri PembangunanPerindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dijangka mengadakan mesyuarat pertamanya dalam masa terdekat.

"Antara tugas utama jawatankuasa ini ialah melakukan pemantauan tentang penglibatan usahawan dan syarikat dari Sarawak dalam sektor minyak dan gas. Ia juga akan mengenal pasti peluang yang perlu kita ketengahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

"Maklumat terperinci mengenai jawatankuasa itu akan diumumkan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian selaku pengerusi jawatankuasa," katanya kepada Bernama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, Ahad.

Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil daripada kementerian, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan swasta.

Julaihi berkata mesyuarat sama turut meluluskan penubuhan Unit Minyak dan Gas di Kementerian Pembangunan Perindustrian.

"Kita sedang mengenal pasti pegawai-pegawai yang berpengalaman untuk dibawa masuk dalam unit baharu ini," katanya.

Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak ditubuhkan pada 1987 bagi menerajui pembangunan sektor perindustrian negeri ini.

Kementerian itu bertanggungjawab untuk mempromosi, menyelaraskan dan melaksanakan kegiatan pembangunan perindustrian di Sarawak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan