Bauksit: Peneroka Boleh Kemuka Saman Sivil Jika Ditipu

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Peneroka yang merasakan diri mereka tertipu dalam isu berkaitan perlombongan bauksit di sekitar Felda Bukit Goh di sini, boleh mengemukakan saman sivil terhadap pihak berkaitan, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata tindakan saman itu perlu dimulakan peneroka sendiri, memandangkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan tuduhan jenayah terhadap pelombong atau pengusaha bauksit tersebut.

Ini kerana perkara itu melibatkan dua pihak iaitu antara peneroka dan pemilik tanah, tambahnya.

"Kerajaan (negeri) tidak boleh bantu mereka, kerana mereka sudah kena tipu...Mereka boleh buat saman sivil. Mereka boleh saman pihak berkenaan, namun ia bukan mudah," katanya pada majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, Jumaat.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama-sama anakanda mereka serta hampir 12,000 penduduk sekitar Kuantan.

Adnan juga berkata peneroka Felda tidak seharusnya 'gelap mata' dengan tawaran wang ringgit oleh pengusaha bauksit yang berjumlah antara RM50,000 dan RM100,000 sebagai tukaran untuk menjalankan perlombongan di tanah mereka.

"Sebaik sahaja tanah itu dibersihkan, tiada lagi kelapa sawit...bagaimana mereka akan terus hidup? Saya telah dimaklumkan bahawa sesetengah pemain, pengusaha, kontraktor, mereka pujuk peneroka untuk menandatangani (persetujuan) memberi tanah kepada kontraktor.

"Mudah untuk menipu mereka (peneroka), bawa seikat wang kertas RM50,000 dan anda akan dapat sejumlah ekar tanah dan jika dieksploit dengan betul boleh menghasilkan pendatapan berjuta-juta ringgit.

"Mereka (peneroka) sering melihat untuk jangka pendek, bukan panjang," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa sedih atas keadaan sekarang di Bukit Goh yang disifatkan beliau 'macam sudah tidak ada (felda)' akibat daripada aktiviti perlombongan bauksit.

Media sebelum ini melaporkan 71 peneroka di Bukit Goh yang memberikan kebenaran tanah mereka sebagai tapak melombong bauksit mendakwa mereka teraniaya dalam perjanjian melibatkan aktiviti perlombongan itu.   Ada di antara peneroka itu telah menerima notis daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) atas kesalahan melombong tanpa lesen atau pajakan tanah yang sah di bawah Enakmen Mineral 2001.

Peneroka berkenaan mendakwa ekoran pengeluaran notis itu, mereka kini berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Bauksit , Sivil , Kuantan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan