Pesawat Malindo Air Berpatah Balik Ke Kuching Akibat Masalah Teknikal - Berita Semasa | mStar

Pesawat Malindo Air Berpatah Balik Ke Kuching Akibat Masalah Teknikal

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 4:13 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masalah teknikal yang kecil memaksa penerbangan Malindo Air dari Kuching berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, penerbangan MXD 1601 yang berlepas pada pukul 9.35 pagi itu menuju KLIA2 apabila berlaku masalah teknikal.

"Kira-kira 10 minit selepas berlepas, juruterbang mendapati terdapat masalah teknikal yang kecil dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan berpatah balik.

"Seorang juruterbang memperbaiki masalah tersebut dan penerbangan diteruskan kira-kira pukul 12 tengah hari," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kelewatan itu amat dikesali kerana langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan.



Tags / Kata Kunci: Malindo Air , masalah teknikal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan