Hanya Satu Aduan Skim Kawalan Harga Aidilfitri - Hasan Malek

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 6:40 PM

Hasan Malek dan isteri Datin Seri Norainee Mohd Yatib beramah mesra bersama tetamu yang menghadiri rumah terbuka di rumahnya di Taman Bukit Chedang pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 aduan tahun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata ini memberi gambaran positif bahawa peniaga sudah memahami objektif skim itu dan bersedia mematuhinya.

"Terima kasih kepada peniaga kerana memberikan  kerjasama terhadap skim ini.Begitu juga dengan pengguna yang sama-sama membantu memantau harga dan memudahkan kita menjalankan tanggungjawab.

"Apabila ada persefahaman dan persepaduan, rakyat dapat hidup dengan sejahtera," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Bukit Chedang, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman dan Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan Mohd Salleh Maamor.

Pemantauan harga 21 jenis barangan termasuk ayam segar, daging tempatan, daging import, telur ayam gred A,B dan C, tomato, kelapa dan bawang import disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri bermula dari 7 hingga 23 Julai ini.

Hasan berkata kementerian membincangkan dengan pelbagai pihak berkenaan sebelum melaksanakan sesuatu skim demi memanfaatkan pengguna dan peniaga.

Tags / Kata Kunci: Kawalan harga , Hasan Malek

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan