Aliran Trafik Perlahan Di Dua Kawasan Lebuhraya PLUS Sehingga 9 Malam

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di dua kawasan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan, setakat 9 malam Sabtu.


Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd., memberitahu Bernamaaliran trafik perlahan dari Gopeng menghala ke Simpang Pulai dan selepas Terowong Menora ke Changkat Jering.

"Satu kemalangan kecil di KM289.1 arah utara dari Gopeng ke Simpang Pulaiyang berlaku pada 8.50 malam ini, juga menyebabkan aliran trafik perlahan di kawasan berkenaan sepanjang 1.5km.

Kenderaan terbabit sudah dialihkan ke lorong kecemasan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik turut mengalami kesesakan dan bergerak perlahan di kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2  sebelum dan selepas Plaza Tol Kuala Terengganu.

"Seperti petang tadi, aliran trafik juga masih lagi perlahan di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: Trafik perlahan , PLUS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan