1MDB: Rasionalisasi Untuk Kurangkan Hutang, Pastikan Kemampanan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah ketara yang dilaksanakan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi pelan rasionalisasinya akan mengurangkan hutang syarikat dengan ketara, dan dalam jangka masa panjang, memastikan kemampanannya, katanya.

Berdasarkan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, 1MDB memberi tumpuan dalam proses menjayakan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Tindakan oleh 1MDB itu akan mengurangkan hutang dan memastikan kemampanan tiga asas teras kami iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pada masa ini syarikat itu bekerjasama penuh dengan menyediakan maklumat kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan secara profesional dan teratur.

Syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu melaksanakan kajian semula strategik pada Januari 2015, dan memperakui perlunya untuk menyepadukan aktiviti syarikat, meningkatkan tadbir urus dan menjana wang daripada aset untuk mengurangkan hutang.

Tindakan segera daripada kajian semula strategik itu ialah melaksanakan usaha sama dengan Lend Lease Australia pada Mac 2015 bagi membangunkan 17 daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

1MDB juga melaksanakan pelbagai langkah konkrit bagi mengurangkan hutang syarikat serta memastikan nilai maksimum yang dijananya.

Antara lain, pada 8 Jun 2015, ia menyelesaikan pembayaran pinjaman US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion).

Ini terhasil daripada perjanjian terikat dengan International Petroleum Investment Company yang mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.

Pada 30 Jun, 2015, 1MDB mengumumkan cadangannya untuk melantik perunding bebas hartanah bagi membantu mengkaji semula penyataan minat yang diterima ke atas tanah syarikat di Air Itam dan Pulau Indah.

Perunding bebas hartanah itu, CH Williams Talhar and Wong, secara berasingan pula menerima penyataan minat daripada lebih 40 pihak tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan ke atas 486 ekar projek kami di Bandar Malaysia.

Selain itu, 1MDB juga menerima tawaran tidak terikat daripada pihak tempatan dan antarabangsa bersabit proses menjana wang menerusi pelaburan kami dalam Edra Global Energy Bhd.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , rasionalisasi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan