Ribuan Tetamu Hadir Rumah Terbuka Najib Dan Menteri Kabinet

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 12:21 PM

Orang ramai menunggu giliran untuk bersalaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri kabinet sempena rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasmi di Seri Perdana, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beribu-ribu orang daripada pelbagai lapisan kehidupan hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri, di sini.

Mereka berbaris sejak pukul 8 pagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung dari 10.30 pagi hingga 4 petang itu.

Turut menjadi tuan rumah majlis itu, selain Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.
Palanivel.

Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, laman Seri Perdana bertukar menjadi lautan manusia, yang mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan serta bergambar dengan Najib, yang kelihatan ceria dengan berpakaian Baju Melayu berwarna oren-merah.

Majlis itu turut dihadiri diplomat dan pemimpin dari pihak kerajaan dan pembangkang, pelancong dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hadirin dihidangkan pelbagai makanan, kebanyakan hidangan istimewa tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit.

Ketika melangkah pulang, hadirin diberi bungkusan cenderamata, manakala kanak-kanak pula diberi duit raya.

Perkhidmatan bas ulang alik percuma disediakan untuk membawa orang ramai ke majlis itu.

Bas berkenaan mengambil dan menurunkan penumpang di tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra pada kekerapan 15 minit.

Sementara itu, ketika ditemuramah secara langsung oleh saluran televisyen Astro Awani, Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana majlis rumah terbuka itu mendapat sambutan meriah.

Beliau berkata kehadiran ribuan masyarakat daripada pelbagai kaum dan latar belakang dapat membantu untuk mencapai perpaduan nasional dan keharmonian negara.

"Alhamdulillah, sambutan rumah terbuka Seri Perdana kali ini sangat meriah.Saya bersempatan untuk bersalam-salaman dengan rakyat jelata dan melihat konsep rumah terbuka sepenuhnya telah mencapai objektifnya. Saya amat menghargai kedatangan orang ramai hari ini," katanya dalam temuramah itu yang turut disertai Rosmah.

Najib berkata pergaduhan pada hujung minggu lepas di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur, yang mungkin boleh menjadi pergaduhan kaum jika polis tidak mengambil tindakan pantas, menunjukkan masyarakat perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.

"Sesetengah pihak terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi, apatah lagi perkara itu tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenarnya.


"Kita perlu mempertahankan perkara yang benar dan apa yang kita telah bina selama ini, iaitu rakyat jelata yang hidup harmoni, aman dan damai," katanya.


Tags / Kata Kunci: rumah terbuka PM , Seri Perdana

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan