MH17: "Anda Dapat Mendengar Tangisan Lembut"- Bekas Duta Malaysia Ke Belanda

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib masih dapat mengimbas dengan jelas saat-saat beliau berada di hotel berdekatan dengan Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada 17 Julai tahun lepas, di mana beratus-ratus saudara-mara menunggu senarai penumpang dan anak kapal selepas MH17 terhempas di timur Ukraine dikeluarkan dengan penuh debaran.

Salinan senarai diedarkan sebelum pukul 2 pagi.

Apabila mereka melihat senarai nama itu, Dr Fauziah, yang merupakan Duta Besar Malaysia ke Belanda pada masa itu berkata, "Anda boleh mendengar satu tangisan lembut."

Berbeza dengan apa yang berlaku ketika beliau melihat insiden kehilangan MH370, beliau mendapati reaksi warga Belanda sangat terkawal.

"Tidak ada histeria, tiada hentak-hentak kaki atau tangisan kuat," katanya.

"Hanya terdapat tangisan esakan perlahan."

Dan, dalam masa setengah jam selepas nama diumumkan, beliau berkata, kesemua mereka berlalu dari situ.

"Tidak ada yang tinggal di hotel ini, kecuali satu keluarga yang tidak mempunyai pengangkutan untuk pulang ke rumah pada malam itu, tidak seperti apa yang berlaku selepas MH370 hilang di mana mereka menginap di hotel selama berbulan-bulan."

Bercakap di rumahnya di sini selepas bersara pada Mac tahun ini, Dr Fauziah berkata beliau bersedih dengan keluarga dan rakan-rakan 298 penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines yang telah ditembak jatuh di timur Ukraine.

"Saya pasti waris kehilangan orang tersayang merasakan kejadian ini seperti baru berlaku semalam," katanya.

Setahun selepas kemalangan MH17 itu, masih terdapat isu yang perlu diselesaikan.

Beliau tertanya-tanya jika kebenaran tentang apa yang berlaku pada 17 Julai tahun lepas akan akan diketahui dan jika orang yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau percaya lebih banyak langkah keselamatan penerbangan perlu diperkenalkan untuk mengelakkan sebarang tragedi daripada berlaku lagi.

Berdasarkan apa yang didengari daripada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Schiphol, beliau berkata, "Kita memerlukan beberapa jenis keseragaman dan standardisasi laluan.

"Beberapa syarikat penerbangan berkata laluan adalah selamat manakala yang lain mengatakan ada laluan lain lebih selamat. Yang mana perlu kita ikuti?"

Beliau masih ingat Perdana Menteri Belanda Mark Rutte meminta untuk bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kira-kira satu jam selepas penerbangan itu diumumkan hilang, dan beliau membantu untuk mengaturkan panggilan itu.

Najib juga bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin, katanya.

"Saya rasa beliau mahu memberitahu mereka bahawa kami akan ke timur Ukraine, di mana kapal terbang terhempas, supaya mereka tidak akan terkejut."

Malaysia menghantar lebih 10 individu ke Ukraine untuk bercakap dengan komander tentera pemisah, Alexander Borodai.

"Keutamaan Malaysia adalah untuk membawa balik mayat, barang-barang mereka dan apa-apa yang tinggal daripada bangkai," kata duta itu.

"Dan keutamaan juga diberikan untuk mendapatkan kotak hitam sebelum orang lain mengambilnya.

"Terdapat banyak khabar angin, di CNN News sebagai contoh, bahawa kotak hitam telah diganggu."

Khabar angin itu telah terbukti tidak benar apabila kotak hitam telah diserahkan, katanya.

Dan walaupun ada yang tidak gembira apabila Malaysia telah memilih untuk berunding dengan kumpulan pemisah, beliau berkata, "Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia mempunyai hak untuk memilih pendekatan sendiri.

"Ia melibatkan syarikat penerbangan kita dan rakyat kita. Mereka tidak dapat menetapkan syarat."

Bagaimanapun, Dr Fauziah tidak yakin akan mendapat kebenaran terhadap apa yang berlaku pada hari itu.

Belanda, Malaysia dan tiga negara lain mencadangkan tribunal PBB untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17.

Beliau percaya pendekatan ini, boleh menunjukkan "ada kemungkinan tiada jawapan sebenar dan orang jelas atau orang-orang yang mereka mahu tuduh".

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan