MCA Rancang Adakan Sambutan Raya Di Plaza Low Yat

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 8:57 PM

Liow mengadakan lawatan ke Plaza Low Yat pada Jumaat. - foto BRIAN MOH/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan perniagaan mencatatkan sedikit kemerosotan, MCA dan pengurusan Plaza Low Yat merancang untuk menganjurkan sambutan Hari Raya untuk mengembalikan keadaan seperti sebelum ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, peniaga mendakwa berlaku penurunan penjualan sebanyak 40 hingga 50 peratus selepas insiden kecurian telefon bimbit yang bertukar menjadi kecoh pada Ahad lalu.

Beliau berkata bagi mengembalikan semula keyakinan pelanggan, MCA dan pihak pengurusan plaza tersebut merancang untuk mengadakan sambutan Hari Raya di pusat membeli-belah berkenaan.

"Kami ingin membantu dalam apa jua cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembali normal. Tiada sebarang gangguan tetapi perniagaan merosot sebanyak 40 hingga 50 peratus.

"MCA Wilayah Persekutuan ingin mencadangkan sambutan Hari Raya di plaza tersebut pada awal Ogos ini untuk mengembalikan keharmonian di Plaza Low Yat," katanya selepas melakukan lawatan ke plaza itu pada Jumaat.

Beliau ditemani Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Liow berkata cadangan itu perlu dibincangkan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan pihak pengurusan Plaza Low Yat.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kakitangan di plaza itu kerana didakwa mencuri sebuah telefon bimbit.

Rakan suspek kemudiannya bertindak menyerang petugas di kiosk tersebut sebelum sekumpulan besar individu merempuh ke pusat membeli-belah itu dan mula melakukan kekecohan pada malam Ahad.

Liow menggesa semua pihak supaya mengekalkan keharmonian antara kaum dan menolak ketegangan kaum.

"Kita perlu memastikan keselamatan, keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini.

"Kita tidak boleh membiarkan sekumpulan kecil individu mencetuskan huru-hara di mana sahaja, di Low Yat atau Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga tidak sepatutnya menyebarkan mesej tidak bertanggungjawab seperti kenyataan berbaur perkauman kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi.
Tags / Kata Kunci: Plaza Low Yat , MCA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan