Fokus Kepada Mesej, Bukan Kredibiliti Lester - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 4:10 PM

Lester dalam video pengakuan yang dimuat naik di Youtube.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi mesti mendedahkan semua maklumat yang diketahuinya tentang plot yang didakwa mahu menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tumpuan kini harus diletakkan pada 'mesej' yang dibawa oleh Lester bukannya mempersoalkan kredibiliti dirinya.

"Saya yakin bahawa banyak yang Lester perlu katakan.

"Dia mesti menyatakan semuanya dan tidak menahannya, serta mendedahkan apa yang dia ada," katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri di sini Jumaat.

Abdul Rahman menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mempunyai peranan dalam pendedahan Lester dan kredibiliti pengakuannya.

"Orang selalu berkata jangan melihat kepada penyampai mesej tetapi beri tumpuan kepada mesejnya," katanya.

Beliau berkata ini adalah apa yang diajari Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua selama ini.

Abdul Rahman, yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional, mempertahankan tindakan beliau memanggil sidang akhbar pada Rabu, menggesa polis menyiasat plot yang didakwa.

"Apa yang saya lakukan ialah memanggil sidang akhbar kerana Kerajaan saya sedang dicalarkan.

"Saya menyeru kepada pihak polis untuk mempercepatkan siasatan mereka," katanya ketika ditanya sama ada beliau adalah sebahagian daripada strategi untuk menjatuhkan Sarawak Report.

Pada Rabu, klip video tiga minit bertajuk "Pendedahan Kerja Pemalsuan Dokumen #1MDB Oleh Sarawak Report" telah dimuat naik di Youtube oleh Lester.

Dalam pengakuannya, Lester mendakwa Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang lain terlibat dalam plot untuk menjatuhkan imej Najib dan 1MDB.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan