Samy Vellu Mahu Tun M Buktikan Dakwaan Terhadap PM

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 3:51 PM

Datuk Seri S. Samy Vellu

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyediakan bukti untuk menyokong dakwaan beliau terhadap Perdana Menteri, kata Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bekas presiden MIC itu mendakwa, adalah tidak adil untuk bekas Perdana Menteri dilemparkan tuduhan tanpa bukti.

"Apa sahaja yang Tun Mahathir mahu kata, dia perlu menyediakan bukti untuk dakwaannya.

"Jika mahu menyalahkan orang lain, beliau mesti menyediakan bukti yang cukup, kemudian kita dapat melihat sama ada ia betul atau tidak," kata Samy Vellu kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Adilfitri Perdana Menteri di sini, Jumaat.

Samy adalah seorang menteri Kabinet semasa pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir sering membuat kecaman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Samy, yang kini merupakan wakil khas Malaysia ke India dan Asia Selatan dalam infrastruktur, juga mempertahankan Najib.

"Dia tidak perlu diminta untuk pergi bercuti.

"Jika setiap kali sesuatu berlaku, dan kita minta PM mengambil cuti, negara ini tidak akan terus kukuh."

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan