Agong Solat Aidilfitri Di Masjid Negara Bersama Lebih 10,000 Jemaah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 12:25 PM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah) berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Jumaat. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Jumaat berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama-sama lebih 10,000 jemaah bersempena sambutan 1 Syawal.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di masjid itu kira-kira 8.30 pagi.

Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing Datin Seri Rosmah Mansor dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat serta perwakilan asing.

Tuanku Abdul Halim dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Tuanku Abdul Halim kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan menerima menghadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta isteri masing-masing dan anggota Jemaah Menteri bersempena Aidilfitri di Istana Negara.

Sementara itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah selepas solat sunat Aidilfitri bertajuk 'Tautan Kasih Pelengkap Idulfitri', mengingatkan bahawa umat Islam dilarang mencetuskan sebarang permusuhan sesama sendiri yang boleh melemahkan hubungan sesama ummah.

Beliau berkata ini kerana sifat permusuhan sesama sendiri akan mengancam perpaduan ummah, kestabilan politik dan pembangunan negara.

"Usahlah kerana kepentingan diri, kita sanggup meruntuh tembok perpaduan yang telah lama terbina dan menggadai kuasa dan maruah yang ada.


"Umat Islam yang menjiwai makna tautan kasih adalah mereka yang sentiasa bersikap terbuka, berbaik sangka dan saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya.

Oleh yang demikian, Jamil Khir menyeru seluruh umat Islam menjalinkan tautan kasih dengan menghubungkan silaturahim dengan amalan ziarah-menziarahi, dan kunjung mengunjung.

Katanya, umat Islam juga perlu beringat di samping kegembiraan menyambut Aidilfitri, terdapat saudara-mara seagama menyambutnya dalam keadaan sukar, bersendirian dan daif.

"Saudara-saudara kita di luar negara, seperti di Palestin, Syria, dan pelarian Rohingya berada dalam keadaan sukar sepanjang hayat dan membesar dalam keadaan perang," katanya.

Justeru, bersempena hari yang mulia ini, beliau menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk memperbanyakkan lagi amalan baik di dunia dan membuang sifat kejahilan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Tags / Kata Kunci: Tuanku Abdul Halim , solat Aidilfitri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan