Penuntut Antarabangsa UMP Rasa Dihargai Di Bulan Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 8:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perasaan dan suasana menyambut Ramadan dan perayaan Aidilfitri jauh di bumi asing pastinya tidak sama dengan di tanah air sendiriJauh daripada anggota keluarga, tradisi yang berbeza malah juadah ketika berbuka puasa juga jauh berbeza dengan selera makanan asal negara masing-masing.

Namun bagi penuntut antarabangsa beragama Islam di Universiti Malaysia Pahang (UMP), menyambut kedua-dua bulan suci umat Islam di negara ini memberikan 1001 kelebihan dan pengalaman tersendiri yang akan dikenang sampai bila-bila.

Bagi Jamila, 28, pengalaman menjalani ibadah puasa di negara ini mengajarnya erti ketabahan kerana terpaksa berjauhan daripada keluarganya di Nigeria dan bakal menyambut Aidilfitri bersama rakan-rakan penuntut.

Bagaimanapun, katanya perasaan sedih itu sedikit terubat apabila pihak UMP sudi meraikan mereka pada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan penuntut yang lain termasuk yang bukan Muslim.

"Itu antara sebab kenapa saya suka berada di sini. Rakyat Malaysia baik dan hospitaliti mereka terhadap rakyat negara lain amat hebat! Saya berasa seperti berada di tanah air sendiri," katanya.

Jamila ditemui selepas majlis Iftar Ramadan 2015 anjuran Pejabat Antarabangsa UMP di kampus Gambang, dekat sini, baru-baru ini.

Jamila yang kini merupakan penuntut semester dua Sarjana Sains Kejuruteraan Perisian juga berkata dia juga mula menggemari makanan tempatan yang lazim dihidangkan ketika berbuka puasa dan Aidilfitri iaitu seperti ketupat, rendang dan lemang.

Penuntut dari Yaman, Muhammad Abdulqawi, 23, pula berkata sebagai penuntut asing, beliau berasa sangat dihargai kerana pihak UMP memberi kepercayaan kepadanya mengendalikan majlis iftar berkenaan.

Ditugaskan menjadi pengacara majlis, penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia itu menganggap warga UMP sebagai anggota keluarganya dan UMP merupakan rumah kedua baginya.

"Saya harap UMP akan terus mengadakan majlis seperti ini kerana ia membolehkan saya berjumpa dengan rakan-rakan saya, pensyarah dan staf UMP yang kini saya anggap mereka sebagai sebahagian keluarga saya," katanya.

Majlis yang menghimpunkan kira-kira 200 penuntut antarabangsa dari negara Nigeria, Algeria, Yaman dan Iraq itu turut dihadiri Pengarah Pejabat Antarabangsa Prof Madya Dr Ainol Haryati Ibrahim.

Dr Ainol Haryati berkata majlis tersebut diadakan bagi meraikan penuntut-penuntut asing yang beragama Islam dan mengeratkan silaturahim sesama mereka serta pensyarah dan kakitangan UMP.

Beliau juga berkongsi pengalaman berpuasa di luar negara ketika masih bergelar penuntut di Amerika Syarikat.

Katanya beliau amat memahami perasaan penuntut asing yang terpaksa berjauhan daripada keluarga ketika menyambut Ramadan.

"Cabaran berpuasa di bulan Ramadan jauh dari keluarga dan negara tercinta merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup," katanya.


Tags / Kata Kunci: UMP , penuntut antarabangsa , Aidilfitri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan