Orang Utan Cedera Diselamatkan Dari Sebuah Ladang

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 8:35 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seekor orang utan yang cedera dipercayai dikelar berjaya diselamatkan dari sebuah ladang di Sandakan.

Orang utan jantan itu mendapat rawatan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

Petugas renjer hidupan liar sedang menyiasat sama ada haiwan itu diserang oleh pemburu atau kumpulan haiwan lain.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata orang utan itu mempunyai kesan kelar dan beberapa kecederaan lain pada badan tetapi semakin pulih.

"Ia semakin ok dan bertindak balas kepada rawatan," katanya.

Satu laporan polis turut dibuat petang Rabu.

Orang utan antara haiwan yang dilindungi sepenuhnya di Sabah.

Pada 18 Ogos lalu, tiga orang utan yang diberi nama Mambo, Terry dan Mary ditemui mati dengan kesan tikaman di ShangriLa Rasa Ria Nature Resort di Tuaran, kira-kira 40km dari sini.

Dua haiwan lain turut cedera dalam serangan itu tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan dilakukan.

Tags / Kata Kunci: orang utan , Sabah

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan