MH17: Malaysia Akan Terus Desak Penubuhan Tribunal Antarabangsa - PM

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 7:20 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjuangan mencari kebenaran dan keadilan berhubung penembakan jatuh pesawat MH17 setahun lepas, tidak pernah dihentikan dan Malaysia akan terus mendesak agar sebuah tribunal antarabangsa secara penuh, teliti dan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pendirian itu diambil demi kepentingan keluarga dan sahabat handai 298 orang yang maut dalam tragedi berkenaan.

Dalam tulisan yang ditujukan kepada orang tersayang mangsa dalam kejadian itu, Najib berkata walaupun kata-kata mungkin tidak dapat meredakan keperitan yang mereka alami, tetapi ketahuilah oleh mereka bahawa kegetiran dan kesedihan mereka turut dikongsi semua pihak.

"Malaysia menangisi kehilangan yang anda alami, iaitu kehilangan bagi kami juga dan kami tidak akan sekali-kali membiarkan mereka yang telah pergi itu dilupai begitu saja," kata perdana menteri dalam coretan dalam laman blog beliau, NajibRazak.com.

"Ketahuilah bahawa MH17 telah menggembleng seluruh negara ini dalam satu langkah perpaduan yang menjadikan seseorang itu berasa bangga untuk menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Semoga, perpaduan ini menjadi legasi bagi mereka yang telah hilang di mata kita itu," katanya.

Mengenai siasatan terhadap kejadian pesawat Malaysia Airlines itu yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai, 2014, Najib berkata Malaysia akan terus bekerjasama penuh dengan Pasukan Penyiasatan Bersama.


"Sekarang, mereka mendapat gambaran lebih jelas tentang perkara yang mungkin menjadi punca tragedi itu dan dijangka meneruskan siasatan mereka terhadap semua senario yang mungkin wujud hinggalah ke penghujung 2015," kata beliau.

Menurut perdana menteri, matlamat akhirnya adalah jelas iaitu untuk membawa mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu ke muka pengadilan dan menerima hukuman kerana melakukan jenayah itu, yang beliau sifatkan sebagai perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Mangsa MH17 merupakan manusia yang menjadi korban dalam konflik yang tidak kena mengena dengan mereka," katanya.

Perdana menteri berkata menjelang awal Oktober ini, satu laporan oleh Lembaga Keselamatan Belanda mengenai tragedi MH17 akan dikeluarkan.

Dalam tulisan itu, Najib juga menceritakan kembali betapa pendekatan Malaysia yang bersifat tegas dan tidak ortodoks, termasuk berbincang dengan pemberontak di kawasan nahas, banyak membantu dalam urusan membawa keluar mayat mangsa tragedi itu.

Pendekatan itu juga, kata beliau, menyumbang kepada kejayaan memperoleh laluan ke bangkai dan alat perakam penerbangan pesawat berkenaan, yang akan membantu merungkai kisah sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

"Pada mulanya, kami dikritik pelbagai pihak, termasuk sebahagian media asing yang menggesa kami supaya mematuhi modus operandi standard.

"Tetapi, keadaan biasa memerlukan pelaksanaan langkah luar biasa juga dan kami tidak mengendahkan suara yang lantang mengganggu itu - bertegas dengan pendirian kami dan melakukan dengan cara kami," katanya.

Dalam nada lebih bersifat peribadi, Najib berkata beliau masih ingat dengan jelas rasa terkejut dan marah beliau apabila mendapat panggilan telefon tentang kejadian yang menimpa Penerbangan MH17.


Kata perdana menteri, pengalaman memimpin negara dalam mengharungi tragedi Penerbangan MH370 yang terhempas di selatan Lautan Hindi dan tragedi MH17 dalam masa berselang beberapa bulan sahaja itu, masih segar dalam ingatan beliau.

"Saya berharap, negara kita dan negara lain juga, tidak akan mengalami tragedi seperti ini sekali lagi," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH17 , tribunal antarabangsa

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan