Majlis Buka Puasa Obama Iktiraf Umat Islam Seluruh Dunia - Duta Besar

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 9:30 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datin Seri Rosmah Mansor ketika mengadakan sidang video dengan tiga Perwakilan Malaysia Luar Negara, Beirut (Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin), Brunei dan Washington di kediaman rasmi pada Khamis. Turut hadir Menteri Luar Negara, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Buka Puasa bersama Presiden Barack Obama pada bulan lepas merupakan satu pengiktirafan kepada umat Islam seluruh dunia, kata Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata majlis Iftar itu, anjuran White House, yang mendapat sambutan lebih meriah berbanding tahun lepas, merupakan jemputan yang amat bermakna kepada semua duta-duta Islam.

"Ini merupakan satu tarikan setiap Ramadan untuk masyarakat diplomatik di sini (Amerika Syarikat). Majlis tersebut memberi pengiktirafan kepada umat Islam termasuk iman-iman dan pemimpin badan bukan kerajaan Islam.

"Di samping itu, ucapan Obama turut menjadi tarikan pada majlis itu," katanya ketika sidang video bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana, di sini Khamis.

Awang Adek berkata demikian apabila ditanya sama ada Obama menganjurkan majlis buka puasa di White House.

Kepada soalan apakah makanan yang dihidangkan, beliau berkata: "Makanan continental. Ada ikan dan ayam. Pada Iftar, para hadirin juga mengambil kesempatan untuk bergambar dan bersalam dengan Obama."

Awang Adek berkata duta-duta negara ASEAN dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat dijemput untuk memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kedutaan Besar Malaysia bermula 10.30 pagi (waktu tempatan Amerika Syarikat) pada hari raya pertama.

"Kita akan hidangan makanan Malaysia seperti nasi himpit, lemang, rendang, nasi biryani kepada tetamu kita," katanya.

Obama, dalam majlis buka puasa di White House pada 22 Jun lalu, mengatakan, seluruh rakyat Amerika harus berdiri bersama untuk menolak diskriminasi untuk setiap penganut agama atau kelompok etnik.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan