Aliran Trafik Ke Utara Sesak

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya PLUS ke arah utara dilaporkan sesak berikutan peningkatan jumlah kenderaan tengah hari Rabu.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline, setakat 1.30 tengah hari, aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gopeng, Jelapang ke Terowong Menora, Jawi ke Bandar Cassia, Ipoh ke Sungai Perak, Bandar Baru ke Juru dan Kuala Kangsar ke Changkat Jering.

Bagi arah selatan pula, aliran trafik dilaporkan masih lancar, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke pantai timur bergerak perlahan.

"Jumlah kenderaan dijangka meningkat lebih banyak pada sebelah petang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 

Tags / Kata Kunci: Sesak , Utara , Aidilfitri

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan