Aliran Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utama - Berita Semasa | mStar

Aliran Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utama

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor semakin sesak setakat 10 pagi Rabu berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline melaporkan aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gopeng, Hentian Simpang Pulai ke Ipoh Utara, Jelapang ke Hentian Rehat Sungai Perak, Jawi ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan Bukit Tambun ke Juru.

"Bagi arah selatan pula, trafik dilihat semakin perlahan dari arah Hentian Tangkak menuju ke Plaza Tol Bukit Gambir," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke pantai timur semakin meningkat apabila kenderaan mula bergerak perlahan dari arah Genting Sempah menuju ke Lentang di Bentong.

"Trafik juga dilaporkan sesak sepanjang empat kilometer di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: Aliran Trafik , LPT , Sesak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan