Selamat Tinggal Mahkamah, Aidilfitri Nik Raina Kini Lebih Bermakna

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS lebih tiga tahun turun naik mahkamah, pengurus kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz menyatakan rasa lega selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menarik balik rayuan terhadap pembebasannya, 23 Jun lalu.

Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa mengedar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Keputusan yang dibuat pada bulan Ramadan tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran.

Beliau mengakui kini lebih tenang dan gembira untuk menyambut puasa dan hari raya bersama keluarga tersayang.

Tags / Kata Kunci: Nik Raina , Borders , Kedai Buku

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan