MH17: Najib Terima Panggilan Telefon Daripada PM Belanda

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 9:38 PM

Najib menerima panggilan telefon daripada Rutte bagi membincangkan isu berkaitan nahas pesawat MH17 di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Belanda Mark Rutte dengan tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 menjadi tumpuan utama perbualan mereka.

Rutte membuat panggilan itu pada 5.15 petang di pejabat Najib di sini dan dalam perbualan 15 minit itu, mereka membincangkan mengenai pendekatan yang mungkin boleh diambil kedua-dua negara dalam meneruskan hasrat untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Pada 17 Julai tahun lepas, penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di Ukraine, mengorbankan ksemua 298 penumpang dan kru, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata lima negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas itu menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu.

Kenyataan Wisma Putra menyebut Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan bagi tribunal itu untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman dan menghalang mereka yang akan mengancam penerbangan awam.

Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 Julai.
Tags / Kata Kunci: MH17 , PM Belanda , Najib Tun Razak , Mark Rutte

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan