Klip Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Saloma Jadi Viral

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 11:36 PM

Paparan klip video sekumpulan remaja Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya, nyanyian Saloma.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah klip video yang memaparkan sekumpulan remaja Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya, nyanyian Saloma semasa menaiki kereta api menjadi viral.

Klip video berdurasi 30 saat itu dilihat sebagai tanda perpaduan terutamanya selepas insiden rusuhan di Plaza Low Yat pada Ahad lalu.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter, Arisya pada malam Isnin dan ditwit semula lebih 4,000 kali.

“Padunya Chinese pun nyanyi lagu raya dalam KTM!," tulis  Arisya.

Seorang pengguna Twitter juga kagum dengan mesej positif yang disampaikan menerusi klip video tersebut.

"Ia sesuatu yang indah," tulis pengguna @AnihAzmi.

“Rakan India saya pun pasang lagu raya kat office,” tulis pengguna @Zulfahmiabsalam.

Klip video tersebut turut mendapat like lebih 1,600 oleh pengguna Twitter yang lain.

Namun, tidak diketahui tarikh sebenar klip video tersebut dirakamkan.


Tags / Kata Kunci: klip video , lagu Saloma , Hari Raya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan