LHDN Terima 3.1 Juta Borang E-Filing

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 9:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima 3.1 juta borang nyata cukai pendapatan e-Filing setakat bulan Mei tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, LHDN menjangkakan peningkatan kepada empat juta orang ramai memasuki e-Filing sehingga akhir tahun ini.

Angka itu merupakan pertambahan lebih daripada 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, katanya dalam sidang media Kempen Cinta Malaysia di sini, Selasa.

"Peningkatan adalah antara 15 ke 20 peratus dan trend peningkatan berlaku pada setiap tahun menunjukkan bahawa pembayar-pembayar cukai terutamanya golongan generasai Y yang celik komputer memilih penggunaan 'e-services' iaitu e-filing sebagai pilihan utama.

"Jumlah borang yang dihantar setakat ini adalah 3.1 juta. Untuk setengah tahun ini kita telah dapat sebahagian besar daripada borang itu dan kita akan terima hingga hujung tahun ini mengikut kategori pembayar cukai," katanya.

Mohd Shukor juga ditanya kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam yang menyebut beliau akan berbincang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memohon pengecualian cukai bagi pembelian alat bantuan pernafasan untuk menggalakkan lebih ramai tampil menyalurkan bantuan.

"Ada beberapa individu tampil untuk membekalkan alat bantuan pernafasan mudah ini tetapi dengan syarat ada pengecualian cukai bagi alat tersebut. Saya akan berbincang dengan LHDN sama ada boleh atau tidak diberi pengecualian cukai," kata Dr Hilmi.

Mohd Shukor berkata pihaknya tidak mempunyai masalah tentang perkara itu kerana LHDN memang ada menyediakan peruntukan di dalam akta cukai pendapatan kepada mereka yang ingin membantu pihak hospital.

Beliau berkata, penolakan cukai pendapatan ini boleh diperolehi sekiranya pihak yang ingin menderma mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebelum itu, Mohd Shukor telah merasmikan gimik pelancaran Kempen Cinta Malaysia di Plaza Tol PLUS Sg Besi, yang turut dihadiri ikon kempen, Datuk Aznil Nawawi dan beberapa artis tanah air.

Kempen kesedaran itu disasarkan kepada semua golongan dan kategori termasuk kanak-kanak bermula dari peringkat prasekolah dan belia, bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan mengenai percukaian serta kepentingannya kepada negara serta tanggungjawab orang ramai.

Mohd Shukor bersama-sama beberapa artis tanah air juga turut menyampaikan sumbangan raya kepada pengguna jalan raya di plaza tol itu yang menuju ke arah selatan, sempena Aidilfitri.

Tags / Kata Kunci: E-Filing , LHDN

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan