Undang-Undang DIY Akan Bermula Ogos

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peguam sedang mengusahakan misi untuk meningkatkan keadilan sosial termasuk membenarkan orang awam membuat draf kontrak mereka sendiri. 

"Realitinya ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk mendapatkan khidmat peguam kerana ia sangat mahal bagi mereka. Sementara bagi separuh yang lain pula, tidak yakin mereka mampu mendapatkan peguam yang terbaik bagi memenuhi keperluan," kata Pengurus Projek, Jen Beh daripada BON Advocates. 

Menurut kajian persepsi mengenai bidang perudangan yang dijalankan, Beh berkata kira-kira 64 peratus daripada 300 responden mengakui mereka mempunyai masalah dalam bidang perundangan, namun mereka tidak berani untuk mendapatkan khidmat peguam kerana kos guaman yang tinggi. 

Lebih daripada 80 peratus bersetuju bahawa sektor perundangan di negara ini perlu melalui proses transformasi, kata Beh dalam seminar yang bertajuk, "The End of Lawyers, The Future of Law", minggu lalu. 

Beh berkata seseorang itu hanya perlu melayari internet untuk mendapatkan contoh dokumen yang diperlukan mengikut format perundangan seperti sijil pengesahan wasiat dan surat pemindahan hak. 

"Undang-undang yang direka mereka sendiri ini (DIY) membolehkan seseorang individu itu membuat draf mengikut kemahuan mereka sendiri atau draf surat perjanjian sewa rumah yang mudah dengan menggunakan ayat yang mereka karang sendiri. 

"Ini sangat membantu bukan sahaja orang awam malah pelajar dan peguam itu sendiri," kata Beh, sambil menambah projek dijalankan oleh rakan kongsi mereka, Omesti Group akan bermula Ogos ini. 

Peguam Edmund Bon daripada BON Advocates berkata konsep yang akan dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976 .

Seksyen 37 akta berkenaan melarang individu yang tidak diiktiraf bertindak sebagai peguam cara atau peguam bela serta tidak membenarkan mereka menyediakan apa-apa dokumen berkaitan dengan prosiding undang-undang. 

Peguam Roket di Amerika Syarikat dan Britain serta Undang-Undang Kanvas di Singapura antara contoh laman web yang telah mencatatkan kejayaan selepas mereka menawarkan perkhidmatan tersebut dengan mengenakan bayaran tertentu. 

Bagaimanapun, Beh masih berhati-hati ketika ditanya sama projek berkenaan akan dapat mencatatkan kejayaan seperti negara-negara yang telah melaksanakannya. 

"Bukan semua undang-undang boleh dilakukan sendiri, hal ini kerana masih terdapat jurang yang besar dalam bidang perundangan di Malaysia. 

"Juga terdapat peraturan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh peguam. Namun laman web ini akan menyediakan beberapa pautan mudah atau membolehkan individu tersebut menghubungi sendiri peguam undang-undang DIY, dan ini tidak bertentangan dengan Akta Profesion Undang-Undang," katanya kepada The Star. 

Matlamat projek ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan perundangan yang mesra pengguna serta infografik dan contoh surat yang mudah difahami oleh pengguna. 

"Ini akan dapat membantu daripada sudut perspektif seorang peguam, mereka tidak perlu lagi memberitahu secara terperinci kepada pelanggan mereka sekaligus menjadikan ia lebih telus dan memudahkan pengurusan dalam sesuatu urusan.

Sementara itu, daripada carian yang dibuat di laman web Majlis Peguam Malaysia mendapati bayaran yang dikenakan oleh peguam cara untuk pemindahan hak dalam perjanjian sewa beli hartanah, kos yang telah ditetapkan ialah antara 1.0% iaitu RM150,000 untuk yang pertama dan 0.4% atau RM2, 500,000 untuk yang seterusnya. 

Tags / Kata Kunci: undang-undang DIY , Jen Beh , Edmund Bon

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan