Polis Siasat Dakwaan Konspirasi Jatuhkan PM

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 11:59 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik. 

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengarahkan Peguam Negara pada 8 Julai untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung dokumen bank yang dibocorkan kepada negara asing. 

Dokumen yang didakwa itu didedahkan oleh penyiasat yang enggan dikenali berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

"Kami tidak  menolak kemungkinan wujudnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Tindakan seperti ini menimbulkan implikasi terhadap keselamatan negara, tambahnya. 

Beliau berkata pasukan petugas khas juga sedang menyoal siasat pegawai Bank Negara mengenai bagaimana dokumen sulit berkenaan boleh tersebar. 

"Selain daripada itu, pihak polis turut menerima laporan polis mengenai isu berkenaan. 

"Sudah menjadi tugas kami untuk menjalankan siasatan secara bebas bagi memastikan integriti sistem perbankan di negara ini," katanya. 

Khalid berkata maklumat perbankan yang bocor itu sama ada palsu atau sebaliknya, tertuduh boleh didakwa di bawah pelbagai kesalahan seperti Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Rahsia Rasmi 1972. 

"Sesiapa yang didapati bersalah kerana memalsukan atau membocorkan dokumen tersebut berhadapan dengan tindakan undang-undang. 

"Objektif utama kita adalah untuk mengenalpasti siapa individu yang bertanggungjawab membocorkan dokumen tersebut atau menentukan sama ada dokumen tersebut dipalsukan atau sebaliknya dalam kes Xavier Justo," katanya. 
                    
Bulan lalu, polis Thailand menahan seorang warga Switzerland, Justo, 49, di pulau peranginan Koh Samui atas dakwaan memeras ugut wang bernilai 2.5 million fran Swiss daripada PetroSaudi sebagai pertukaran kerana tidak mendedahkan maklumat sulit syarikat berkenaan. 

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , konspirasi jatuhkan , PM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan