Saya Masih Ahli PAS - Mat Sabu

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Politik Harapan Baru, Mohamad Sabu menegaskan bahawa beliau dan barisan pemimpin progresif PAS masih menganggotai parti Islam itu sehinggalah rancangan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu berjaya dilaksanakan.

Malah bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, nasib dan kedudukan wakil rakyat PAS di kalangan ahli jawatankuasa penaja parti baharu itu juga akan ditentukan dalam masa terdekat.

"Parti pun belum (tubuh) lagi, buat apa nak letak (jawatan). Kita tunggu dulu parti itu ada.

"Kita belum tubuh (parti) lagi, sekarang kami masih ahli PAS," katanya sambil disambut ketawa Ahli Jawatankuasa Penaja Harapan Baru.

Terdahulu Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersama pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan parti awal Jun lalu mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu.

Mohamad sendiri gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ditanya mengapa pemimpin PAS yang kini bertindak bertentangan dengan dasar parti itu tidak mengambil langkah awal dengan meletak jawatan dan keluar daripada PAS, dengan berseloroh Mohamad berkata: "Rumah pun tak ada lagi, nak keluar macam mana? Nanti kena hujan kalau duduk di luar."

Sehingga kini Harapan Baru turut dianggotai enam Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS.


Berikut antara barisan kepimpinan Harapan Baru:

Pengerusi
> Mohamad Sabu


Timbalan Pengerusi
> Salahudin Ayub


Setiausaha
> Dr Dzulkefly Ahmad


Penolong Setiausaha
> Suhaizan Kayat


AJK

> Ahmad Awang

> Tan Sri Muhammad Muhd Taib

> Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Bekas AJK PAS Pusat, MP Parit Buntar)

> Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

> Datuk Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat)

> Dr Hatta Ramli (Bekas AJK PAS Pusat, MP Kuala Krai)

> Dr Siti Mariah Mahmud (Bekas AJK PAS Pusat, MP Kota Raja)

> Khalid Samad (Bekas AJK PAS Pusat, MP Shah Alam)

> Mohamed Hanipa Maidin (Bekas AJK PAS Pusat, MP Sepang)

> Asmuni Awi (Bekas Bendahari dan bekas Pengerusi Pemilihan PAS)

> Hasnul Baharuddin (Adun Morib)

> Saari Sungib (Adun Hulu Kelang)

> Faiz Fadzil (Anak bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor)

Tags / Kata Kunci: PAS , Harapan Baru , Mat Sabu

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan