Insiden Plaza Low Yat Bukan Isu Perkauman, Tapi Perbuatan Jenayah - Najib

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 8:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat perlu dilihat sebagai perbuatan jenayah dan bukannya satu masalah perkauman. 

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.

Najib berkata, beliau telah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan berkesan untuk mengelakkan kejadian seperti yang berlaku malam Ahad daripada berulang.

"Ini satu perkara yang perlu diserah kepada polis untuk lakukan siasatan rapi. Mereka yang langgar undang-undang, tindakan akan diambil.

"Saya nak tegaskan dalam perkara seperti ini, kelazimannya ialah untuk melihat sesuatu dari perspektif kaum. Satu perbuatan jenayah akhirnya dijadikan pertimbangan yang berunsur perkauman. Ini tidak seharusnya berlaku dalam negara kita," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan pada majlis Nur Ramadan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Malam Ahad, dianggarkan ratusan orang berkumpul di hadapan Plaza Low Yat susulan insiden pergaduhan pada Sabtu yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Setakat ini, polis telah menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan itu yang turut melibatkan beberapa insiden pergaduhan.

Menurut Najib, selain menghangatkan unsur perkauman di media sosial, terdapat juga pihak yang menyebarkan gambar-gambar yang langsung tiada kaitan dengan kejadian berkenaan.

Justeru, beliau menyarankan agar rakyat tidak mudah menerima dan mempercayai apa jua perkara yang tersebar melalui media sosial, selain memeriksa fakta sebenarnya bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang. 

"Bertenang dan serah kepada pihak berkuasa sebab pihak polis ada kemampuan jaga ketenteraman awam dan pastikan keadilan tetap dapat kita tentukan dalam kes ini dan dalam perkara-perkara lain.

"Orang ramai jangan mudah sangat percaya berita. Bila sesuatu berlaku mesti periksa fakta sebenar. Dan jangan jadi 'mob psychology'. (Bila) sesuatu berlaku, semua nak berhimpun...tanpa tahu perkara sebenar kita ambil tindakan ikut emosi," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada kelewatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan menyekat kebebasan media sosial menjadi punca salah guna oleh pihak bertanggungjawab, Najib berkata, perkara itu wajar dikaji secara mendalam.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Plaza Low Yat

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan