Rusuhan di Plaza Low Yat: Kami Tidak Terlibat - Pekida

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 12:29 PM

Pekida.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida) telah menafikan penglibatan mereka dalam rusuhan yang berlaku pada lewat malam Ahad. 

"Bagi Pekida, sebelum mengadakan sebarang perhimpunan, kita mesti menerima arahan. Dalam kes ini, tiada arahan diberikan," kata wakil kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu pada Isnin. 

Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dalang sebenar yang terlibat dengan insiden yang berlaku di Plaza Low Yat. 

"Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden berkenaan. Kami sedang cuba menghubungi pihak berkuasa untuk fakta sebenar mengenai apa sebenarnya yang berlaku. 

"Dengan siasatan yang telus, adil dan menyeluruh, saya yakin perkara ini dapat diselesaikan, sebarang isu perkauman dan elemen yang boleh menghancurkan keharmonian kaum di negara ini dapat dielakkan," katanya. 

Pada Ahad, lima orang cedera termasuk dua wartawan cedera dalam rusuhan yang berlaku berhampiran dengan Plaza Low Yat selepas pihak polis menyuraikan kumpulan perusuh yang berkumpul di pusat beli belah berkenaan. 

Seorang saksi berkata rusuhan dipercayai bermula apabila kira-kira 50 hingga 60 lelaki merempuh masuk melalui kedai masuk melalui kedai makanan yang terletak berhampiran dengan  pusat beli belah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.

Terdahulu, pada awal lewat malam Ahad sekumpulan lelaki berkumpul di Plaza Low Yat berikutan kekecohan yang berlaku apabila seorang pelanggan mendakwa dia ditipu oleh penjual telefon bimbit pintar di salah sebuah kedai di pusat beli belah berkenaan.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Tags / Kata Kunci: Pekida , Plaza Low Yat

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan