Najib Ikrar Teruskan Tanggungjawab Tadbir Negara

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 12:18 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan meneruskan tanggungjawabnya mentadbir negara dengan berlandaskan pertimbangan terbaik untuk rakyat bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, beliau amat terharu dan berterima kasih dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak terhadap kepimpinannya terutama ketika beliau berdepan pelbagai tuduhan dan cabaran pada masa ini.

"Jangan bimbang atau gusar, bukan semua berita yang dibaca sahih atau tepat. Sebagai perdana menteri, saya tahu tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

"Saya tidak akan mengecewakan rakyat dan akan meneruskan pentadbiran kerajaan mengikut pertimbangan terbaik untuk rakyat serta memastikan Malaysia mencapai status negara maju," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas di Masjid Kampung Paloh Hinai, dekat sini, Ahad.

Dalam pada itu, Najib berkata, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) telah dibentangkan dan asasnya adalah untuk meneruskan pembangunan serta membela kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau dikenali sebagai Bottom 40 (B40) dan tidak akan membiarkan jurangnya semakin melebar.

Kerajaan, kata Perdana Menteri, sentiasa berusaha untuk mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi memastikan manfaatnya dapat dikecapi bersama.

Sementara itu, Najib berkata, dalam kesibukannya menjalankan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara, beliau sesekali tidak pernah melupakan penduduk di Parlimen Pekan.

Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa memantau perkembangan dan menerima laporan daripada peringkat akar umbi tentang perkara yang perlu diberi pertimbangan dan perhatian di daerah itu.

"Sebagai anggota Parlimen Pekan, saya berjanji bahawa saya akan menggalas tanggungjawab berat, juga sebagai perdana menteri...namun saya tidak memandang ringan atau meminggirkan tugas saya untuk tuan-tuan dan puan-puan," katanya.

Beliau berkata, kampung tradisi seperti Paloh Hinai juga mempunyai nilai yang dekat di hatinya, kerana penduduk di kawasan itu adalah penyokong tegar kepada kerajaan, sejak zaman bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.  

Terdahulu, Najib menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama penduduk Kampung Paloh Hinai.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan