Laluan Tren Ke Pantai Timur Mula Beroperasi

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke pantai timur bagi fasa pertama telah mula beroperasi sejak semalam selepas diberhentikan akibat banjir tahun lepas.

Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata laluan tren dari Kemubu ke Kuala Krai, Kelantan telah beroperasi mulai semalam manakala laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan pula bermula hari ini.

Harga tiket bagi kedua-dua perjalanan itu adalah pada harga lama. Kerajaan pusat menerusi Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan KTMB amat prihatin dengan keperluan rakyat di Kelantan.

"Kami juga akan membantu mengembalikan kemudahan infrastruktur tren dengan segera dan tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. 

Semua perkhidmatan tren di laluan pantai timur telah dibatalkan sejak 22 Disember lepas akibat banjir teruk yang melanda pantai timur tahun lalu.

Sarbini juga berkata fasa kedua pemulihan landasan kereta api di pantai timur dijangka pulih sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Beliau berkata pihak KTMB memohon maaf atas kelewatan pengoperasian fasa pertama yang sepatutnya bermula pada 10 Julai.

Tags / Kata Kunci: tren , Pantai Timur , KTMB

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan