Mat Sabu Tubuh Parti Politik Harapan Baru

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang diterajui kumpulan progresif PAS.

Mohamad yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu berkata pembentukan parti politik baharu dibuat atas nama Gerakan Harapan Baru atau dikenali 'Harapan Baru'.

"Harapan baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam.

"Parti ini akan membantu ke arah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sidang media itu turut dihadiri ahli jawatankuasa penaja parti baharu termasuk bekas calon Presiden PAS, Ahmad Awang serta bekas pemimpin PAS antaranya ialah Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Barisan bekas pemimpin PAS tersebut tewas dalam pemilihan parti itu pada awal Jun lalu.

Selain itu Mohamad yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa penaja penubuhan parti baharu berkata, politik berteraskan Islam yang ingin di perjuangkan kumpulan itu akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir urus.

"Islam yang diperjuangkan bukan dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran 'rahmat dan keadilan' yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara," katanya.

Pada sidang media yang sama Mohamad turut menjelaskan bahawa Harapan Baru merupakan kesinambungan kepada perjuangan yang dibawa bekas-bekas Presiden PAS yang terdahulu tanpa menyebut nama penyandang semasa, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Setiausaha Harapan Baru, Dzulkefly berkata, keanggotaan parti itu nanti adalah terbuka kepada semua kaum tanpa mengira batasan agama.

"Keahlian parti ini mempunyai dua tahap iaitu ahli penuh dan ahli bersekutu. Tapi kedua-duaya perlu faham dan mendokong cita-cita serta hasrat parti baru ini.

"Namun bagi kategori ahli bersekutu, mereka tak daftar sebagai ahli penuh kerana beberapa sebab seperi mahu mendokong perjuangan parti ini tapi tak komited untuk mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam parti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Harapan Baru , Pakatan Rakyat , PAS , Mat Sabu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan