Golf Amal Kutip Dana Program Tuisyen Percuma

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 1:00 PM

Nazir Hussin Akhtar Hussin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP) Pemuda Umno dengan kerjasama Yayasan  Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG)  akan menganjurkan pertandingan golf amal bagi menggumpul dana program tuisyen percuma kepada 10,000 pelajar kurang berkemampuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Pengerusi Biro HELP, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, dana sebanyak RM6 juta diperlukan untuk merealisasikan program HELP Tusiyen yang memasuki tahun kedua penganjurannya pada kali ini.

"Tahun ini kita memerlukan dana sebanyak RM6 juta untuk menampung program  tersebut. Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga merupakan pembiaya program ini menyumbang sebanyak RM2 juta dan kita memerlukan baki peruntukan berjumlah RM4 juta lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pertandingan golf Amal HELP Tuisyen anjuran Biro HELP Pemuda Umno dan  Yayasan  Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG)  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin.

Justeru, katanya baki peruntukan tersebut akan dikumpul menerusi pertandingan golf amal HELP Tuisyen dengan anjuran bersama TSMCG yang akan diadakan di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam pada 9 Ogos ini.

"Pertandingan golf amal ini diadakan khusus untuk mengumpul dana daripada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLS), syarikat korporat dan orang perseorangan bagi membiayai program tuisyen percuma," katanya.

Menurut beliau, program tuisyen percuma itu akan ditumpukan khususnya kepada pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana dan dari keluarga yang kurang berkemampuan berikutan peningkatan kos sara hidup pada hari ini.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sekolah dari 100 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk mengenal pasti pelajar yang layak. Dengan program ini, kita dapat bantu mereka untuk bina masa depan yang lebih baik," katanya.

Jelas Nazir Hussin, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan SPM ke pusat tuisyen.

"Kos untuk satu subjek paling murah RM60, kalau dah lima subjek, mereka perlu bayar RM300. Jadi kita cuba bantu mereka dengan beri tuisyen percuma supaya anak mereka dapat pendidikan tambahan yang lebih baik," katanya.

Malah, beliau berkata, program tersebut juga dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mengubah nasib keluarga mereka.

"Jika pendidikan tambahan tidak diberikan kepada golongan ini, mereka tak layak masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi kerana keputusan yang kurang baik. Persaingan di luar sana makin sengit, jadi kami bimbang mereka akan terpinggir dengan arus kemajuan negara," katanya.

Nazir Hussin berkata program tuisyen percuma yang mendapat kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ini telah pun bermula sejak 1 Jun lalu dan akan berterusan menjelang peperiksaan SPM pada November ini.

Pada tahun lalu, Biro HELP Pemuda Umno berjaya mengadakan program tuisyen ini dengan membantu seramai 4,400 pelajar SPM yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Setiausaha TSMCG, Datuk Abdul Rashid Asari  berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan seramai 120 pemain untuk terlibat dalam program amal ini.

"Setakat ini, seramai 30 hingga 40 pemain telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pemain golf ini terdiri daripada penderma untuk program tusiyen percuma ini," katanya.

Beliau turut menyeru kepada mana-mana syarikat dan individu untuk terlibat dalam program golf amal ini bagi merealisasikan projek murni berkenaan.

"Kita harap syarikat berkanun, individu-individu dan syarikat berkaitan kerajaan dapat menyumbang untuk melaksanakan projek yang murni ini demi kepentingan pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: golf amal , Help Tuisyen , Pemuda Umno , TSMCG

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan