Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Hingga Jumaat - Berita Semasa | mStar

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Hingga Jumaat

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut.

Kejadian ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pula dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini. 

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, juga berbahaya kepada bot-bot kecil, menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: angin kencang , laut bergelora
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan