Siasatan PAC Tidak Bertindih Dengan Pasukan Petugas Khas - Jazlan

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan dakwaan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak bertindih dengan siasatan Pasukan Petugas Khas (PPK), kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Sebaliknya, beliau berkata, siasatan oleh PAC lebih kepada urus tadbir 1MDB manakala PPK melihat kepada 'money trail' (pergerakan kewangan) akaun syarikat tersebut. 

"Kita sebenarnya bekerjasama, malah PAC sentiasa memberi sokongan kepada pasukan petugas khas untuk membantu kerja kita juga. 

"Dan jika perlu apabila pasukan petugas khas ini sudah selesai menjalankan siasatan, mungkin mereka dijemput ke PAC untuk memberi penjelasan mengenai kerja mereka," kata beliau ketika mengulas mengenai sama ada akan berlaku pertindihan siasatan antara dua badan itu.  

Nur Jazlan berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Zakat kepada asnaf di PPR Taman Kempas Permai, di sini Sabtu.

Ditanya mengenai harapannya terhadap PPK, beliau berharap pasukan itu dapat menjalankan siasatan dengan adil tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. 

"Sekali gus dapat memberikan jawapan kepada rakyat untuk menangkis tohmahan dan tuduhan dibuat oleh Wall Street Journal," katanya. 

PPK itu terdiri daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Nur Jazlan berkata, PAC komited menjalankan tanggungjawab dengan memanggil ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas CEO serta pengarah dan bekas pengarah syarikat itu untuk hadir bagi memberi keterangan. 

"Ini juga akan memberikan gambaran lebih lanjut mengenai urus tadbir di 1MDB," tambah beliau. 

Beliau juga melahirkan terima kasih kepada Ketua Audit Negara yang telah memberikan taklimat yang baik dan banyak maklumat, serta peluang bagi PAC untuk bertanya lebih lanjut pada masa akan datang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan