MAS Batal Penerbangan Ke Denpasar Akibat Debu Gunung Berapi

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) membatalkan tiga penerbangannya ke Denpasar, Indonesia pada Ahad berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali akibat debu Gunung Berapi Raung.

Menurut syarikat penerbangan itu, ia akan membantu para penumpang terjejas yang ingin menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka.

"Mereka (penumpang) juga akan diberikan pilihan untuk menukarkan laluan perjalanan mereka ke Jakarta menggunakan MAS tertakluk kepada tempat duduk," kata MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

MAS memantau keadaan yang berlaku dan akan menyediakan kemaskini berhubung operasinya.

"Keselamatan merupakan kepentingan Penerbangan Malaysia dan akan menyambung semula penerbangannya sebaik sahaja keadaan pulih," tambahnya.

Para penumpang boleh memeriksa status penerbangan mereka di www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian 1300-88-3000.

Tags / Kata Kunci: MAS , Gunung Berapi Raung

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan