Pencalonan Untuk Anugerah Rakyat Asean 2015 Dibuka

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar pada Ahad mempelawa pencalonan bagi Anugerah Rakyat Asean 2015 bersempena penubuhan Komuniti Asean.

Dalam kenyataan pada Ahad, kementerian itu berkata, Asean membuat keputusan memberi penghargaan kepada individu dari negara anggotanya dan/atau organisasi yang memberi sumbangan luar biasa ke arah pembinaan Komuniti Asean.

Katanya, ia termasuk dalam bidang politik, sosial, kebudayaan, integrasi ekonomi, belia, sumber pendapatan, pendidikan, kesukarelaan, pembangunan dan pemerkasaan masyarakat.

"Sumbangan ini juga merangkumi pencapaian dalam aktiviti umum kemasyarakatan dan kesukarelaan, pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar, kerja amal, sumbangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan penerbitan, seni dan keusahawanan.

"Kategorinya tidak terbatas," kata kementerian itu.

Menurutnya, pemenang anugerah ini akan menerima geran AS$10,000 pada Sidang Kemuncak Asean ke-27 November ini untuk menyokong dan mendorongnya terus menyumbang kepada proses pembinaan Komuniti Asean.

Maklumat lanjut tentang pencalonan ini boleh didapati dengan melayari http://asean2015.gov.my/.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan