Buang Duit, Masa Bila Terjebak Kesesakan Lalu Lintas

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap tahun Joshua Chong, 30, menghabiskan lebih daripada tiga minggu duduk di dalam kereta ketika mengharungi kesesakan lalu lintas untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Lima hari seminggu dia memandu sekitar 30km dari rumahnya di Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Jika dia bernasib baik perjalanannya mengambil masa selama sejam untuk sampai ke pejabatnya.

Jika tidak, dia duduk di dalam kereta lebih lama iaitu tambahan masa sekitar 30 minit bagi perjalanan setiap hari.

"Pada hari yang benar-benar tidak baik, saya menghabiskan masa selama sejam tiga puluh minit (dalam kereta setiap perjalanan). Ia amat mengecewakan dan sangat mahal. Saya menghabiskan RM7 sehari untuk tol dan RM90 hingga RM100 seminggu untuk minyak.

"Tetapi kos yang paling besar adalah masa," kata peguam itu.

Chong adalah antara lima juta pengguna jalan raya yang terjebak dalam lalu lintas Lembah Klang setiap hari.

Terbaharu data Bank Dunia menjangkakan pemandu perlu menghabiskan masa yang lebih lama di jalan raya.

Menurut Bank Dunia dalam laporan Malaysia Economic Monitor:

> Kesesakan di Kuala Lumpur boleh menjadi lebih teruk;

> Pengguna jalan raya membazirkan antara 270 dan 500 juta masa dalam kesesakan di KL tahun lepas.

> Kereta menggunakan mungkin 1.2 bilion liter bahan api tanpa tujuan ketika dalam kesesakan lalu lintas;

> Jumlah masa dan bahan api yang dibazirkan oleh setiap orang yang terlibat kesesakan lalu lintas di KL mencecah sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun, lebih daripada purat gaji bulanan tempatan (RM2,795); dan

> Jumlah kos lalu lintas di KL dianggarkan pada 1.1% peratus kepada 2.2 peratus daripada KDNK pada tahun 2014.

"Ini adalah kos ekonomi yang ketara, dalam erti kata lain bahawa ia adalah bersamaan dengan wang yang sebaliknya boleh berada dalam poket rakyat Kuala Lumpur," kata Luis C. Blancas, pakar pengangkutan kanan di Bank Dunia.

Kos pengangkutan juga adalah tinggi, menyumbang hampir 10 peratus daripada semua perbelanjaan bulanan isi rumah.

Kebanyakan wang yang dibelanjakan ini boleh disimpan jika seseorang itu menggunakan pengangkutan awam.

Tags / Kata Kunci: Kesesakan Lalu Lintas

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan