Kumpulan 'Protes' Berhimpun Di Luar Plaza Low Yat

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 10:55 PM

Polis membuat kawalan di luar Plaza Low Yat. Foto ihsan PYEOH CHONG EE

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu lagi kekecohan berlaku di Plaza Low Yat susulan pergaduhan di lokasi yang sama pada Sabtu.

Satu kumpulan berhimpun di plaza itu pada malam Ahad yang dilihat sebagai rentetan kepada kejadian yang berlaku pada Sabtu.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dipercayai diketuai oleh badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida), berhimpun dekat gedung itu pada kira-kira pukul 6.30 petang.

Polis bagaimanapun telah bersiap sedia di hadapan gedung berkenaan.

"Kami mahu mendapatkan keadilan yang sewajarnya," kata seorang anggota kumpulan itu yang menggelarkan dirinya sebagai "Ayahanda" bagi peringkat Pekida.

"Kami akan mendapatkan peguam untuk menegakkan keadilan," katanya, sambil menambah bahawa mereka berhimpun "hanya untuk membantah".

Kumpulan itu memasuki gedung tersebut pada kira-kira pukul 8.35 malam namun polis berjaya membawa mereka keluar.

Polis bersiap sedia mengawal di hadapan Plaza Low Yat.

Pihak polis kemudiannya membuat kawalan di Plaza Low Yat pada kira-kira pukul 9 malam.

Kumpulan itu dikatakan berhimpun bagi membuat bantahan kerana dakwa mereka siasatan yang dilakukan pihak polis bersifat 'berat sebelah'.

Pada kira-kira pukul 10 malam, keadaan kembali reda dan kumpulan itu bersurai.

Pada Sabtu, satu pergaduhan berlaku selepas satu kumpulan remaja muncul untuk membalas dendam terhadap pembantu kedai yang menangkap individu didakwa mencuri sebelum itu pada hari yang sama.

Beberapa pihak memberikan komen di media sosial mendakwa kejadian itu disebabkan oleh salah seorang remaja dijualkan telefon bimbit tiruan tetapi dakwaan tersebut tidak disahkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Polis turut sedang mengesan enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian yang menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.

Tags / Kata Kunci: Plaza Low Yat , Pekida

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan