MH17: Malaysia Ulangi Pendirian Desak Tubuh Tribunal Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 12:40 PM

Upacara Memperingati Tragedi MH17

  • 1 of 20
  • sedih

  • sedih1

  • sedih10

  • sedih11

  • sedih12

  • sedih13

  • sedih14

  • sedih15

  • sedih16

  • sedih17

  • sedih18

  • sedih19

  • sedih2

  • sedih3

  • sedih4

  • sedih5

  • sedih6

  • sedih7

  • sedih8

  • sedih9

x
(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia mengulangi pendirian mendesak penubuhan  tribunal antarabangsa untuk mendakwa pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah membentangkan pelan resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung gesaan menubuhkan tribunal itu.

Tambahnya, usul resolusi dan tribunal jenayah terbabit melibatkan kerjasama antara kerajaan Malaysia, Australia, Belanda, Belgium serta Ukraine diedarkan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB untuk proses undian dilaksanakan.

"Kita berharap dengan gesaan berterusan kerajaan Malaysia melalui platform antarabangsa sebegini dapat memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan rakan mangsa dalam menyampaikan keadilan kepada mereka.

"Ini penting supaya ahli keluarga mangsa dapat meneruskan kehidupan sebaik mungkin meskipun setelah kehilangan orang yang disayangi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Memperingati Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pagi Sabtu.

Majlis memperingati ini diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

Kira-kira 1,000 tetamu jemputan hadir pada majlis ini yang disertai menteri-menteri Kabinet, waris dan ahli keluarga mangsa nahas, wakil-wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Ini termasuk duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi asing ke Malaysia, pihak pengurusan tertinggi MAS dan kakitangan serta pemimpin-pemimpin pelbagai agama.

Tags / Kata Kunci: MH17 , KLIA , Tribunal Antarabangsa

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan