Penumpang Tempat Duduk Belakang Harus Guna Tali Pinggang Keledar

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 3:30 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penumpang kerusi di tempat duduk belakang harus mula memakai tali pinggang keledar.

Bercakap kepada pemberita pada Sabtu selepas merasmikan Ops Hari Raya Aidilfitri, Tiong Lai mendedahkan hanya 9 peratus penumpang duduk di bahagian belakang memakai tali pinggang keledar mereka.

"Kita telah melaksanakannya sejak 2009 tetapi menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, hanya tujuh hingga sembilan peratus menggunakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang," katanya.

Tiong Lai berkata bagi memastikan amalan pemanduan selamat pada musim perayaan akan datang, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa kementerian tersebut akan menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak dalam kenderaan pada 2016.

Katanya, peralatan tersebut berharga dari Rm750 hingga RM4,000 setiap satu dan ia membebankan ramai ibu bapa.

"Kita faham ia agak mahal, oleh itu kita belum menguatkuasakan lagi peraturan itu.

"Namun, kementerian menggalakkan penggunaan kerusi itu bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka," katanya.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan