Rosmah Nafi Terima Dana 1MDB

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 12:25 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Seri Perdana pada Jumaat malam. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank yang didedahkan laman Sarawak Report adalah miliknya yang dibuka pada 1984.

Bagaimanapun menerusi kenyataan melalui peguamnya, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guam kami adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas.

"Akaun bank yang dirujuk dalam laporan itu adalah akaun peribadi anak guam kami. Ianya dibuka pada 1984 ketika anak guam kami bekerja di Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),” kata kenyataan itu pada Jumaat malam.

Selain itu menerusi kenyataan melalui firma guaman Messrs Norhairan Mohd Noor, Rosmah turut mengakui akaun peribadinya kini disiasat oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dana 1MDB.

"Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

"Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya," kata kenyataan itu.

Pada Khamis Sarawak Report membuat dakwaan terhadap Rosmah berasaskan maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Laman itu mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dua akaun secara berperingkat-peringkat.

Menerusi kenyataan itu lagi, Rosmah berharap Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan serta merta berhubung kebocoran maklumat akaun peribadinya.

"Adalah diharapkan Bank Negara dengan serta-merta atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan berhubung pendedahan tanpa kebenaran maklumat bank tersebut.

"Anak guam saya berpandangan bahawa kegagalan oleh Bank Negara untuk segera menjalankan siasatan tersebut akan menghakis kepercayaan pelabur dan pengguna dan institusi kewangan," kata kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Rosmah Mansor , Najib Tun Razak , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan