MH17: Siasatan Diteruskan Hingga Akhir Tahun Ini - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 10:54 AM

Upacara Memperingati Tragedi MH17

  • 1 of 20
  • sedih

  • sedih1

  • sedih10

  • sedih11

  • sedih12

  • sedih13

  • sedih14

  • sedih15

  • sedih16

  • sedih17

  • sedih18

  • sedih19

  • sedih2

  • sedih3

  • sedih4

  • sedih5

  • sedih6

  • sedih7

  • sedih8

  • sedih9

x
(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) menjangkakan siasatan berhubung nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MH17) diteruskan hingga sekurang-kurangnya akhir tahun ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika ini, siasatan jenayah masih berterusan dan dikendalikan JIT yang dianggotai Australia, Belgium, Ukraine dan Malaysia, selain Belanda selaku penyelaras.

Perdana Menteri berkata, JIT yang dianggotai pihak polis dan pendakwaan bagi mengumpul bahan bukti dan mengenal pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17.

"JIT menjangkakan siasatan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya akhir 2015.

"Pasukan penyiasatan jenayah kini mempunyai gambaran lebih jelas mengenai kemungkinan punca kemalangan tersebut dan sedang meneliti dan menyiasat semua senario dengan terperinci. Namun begitu, siasatan jenayah tersebut masih lagi berterusan buat masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Memperingati Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di sini, pagi Sabtu.

Najib berkata, tujuan penyiasatan yang sedang dijalankan ini untuk membawa mereka yang bertanggungjawab yang mengkibatkan insiden malang itu ke muka pengadilan.

Tambahnya, semua mekanisme pendakwaan juga sedang dipertimbangkan.

"Walau bagaimanapun, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atas perbuatan itu sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat disahkan.

"Namun begitu, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu dan kita juga akan memastikan pihak yang bertanggungjawab ini menerima hukuman setimpal," katanya.

Majlis memperingati ini diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

Kira-kira 1,000 tetamu jemputan hadir pada majlis ini yang disertai menteri-menteri Kabinet, waris dan ahli keluarga mangsa nahas, wakil-wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Ini termasuk duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi asing ke Malaysia, pihak pengurusan tertinggi MAS dan kakitangan serta pemimpin-pemimpin pelbagai agama.



Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , KLIA , Ukraine , JIT , Perdana Menteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan