MH17: Aidilfitri Hampir Tiba, Nur Diyana Amat Merindui Ibunya

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 8:02 AM

TINGGAL KENANGAN... Nur Diyana menunjukkan potret ibunya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menghampiri ulang tahun setahun tragedi MH17, anak perempuan kepada pramugari Dora Shahila Kassim ternyata masih terlalu merindui ibunya itu.

Malang buat dirinya apabila tarikh tragedi malang itu, 17 Julai jatuh pada sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Gadis berusia 16 tahun itu, Nur Diyana Yazeera berkata beliau tidak lagi dapat menyambut Hari Raya bersama ibunya.

Beliau juga tidak lagi dapat merasai pelukan manja ibunya itu.

Menerusi entri di laman Facebook milik Dora Shahila, Nur Diyana berkata beliau berharap sekiranya dapat mengundur semula masa yang amat dirinduinya.

Dora dan Nur Diyana.

"357 hari tanpa anda, ma. Sekiranya kita boleh undurkan semula masa. Saya merindui anda, mummy. Saya akan jumpa anda tidak lama lagi. Al Fatihah," tulis Nur Diyana.

Di laman sosial Twitter, beliau berkata kehidupannya amat sengsara dan ingatan terhadap Dora Shahila merupakan satu-satunya perkara menyebabkan dia tidak dapat melelapkan mata.

"Saya rasa sengsara setiap detik saya mengetahui bahawa saya tidak lagi merasai pelukan anda pada waktu malam sebelum tidur," katanya.

Nur Diyana turut memuat naik gambar dia dan ibunya di Instagram.

Beliau merupakan anak tunggal kepada Dora yang meninggal dunia pada usia 47 tahun dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

Pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 298 penumpang, termasuk 15 anak kapal semasa ditembak jatuh di timur Ukraine, wilayah bergolak yang dikuasai kumpulan pemberontak pro Rusia.


Tags / Kata Kunci: MH17 , Dora Shahila , Nur Diyana Yazeera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan