MH17: Laporan Akhir Siasatan Teknikal Dijangka Siap Oktober - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 11:14 AM

Upacara Memperingati Tragedi MH17

  • 1 of 20
  • sedih

  • sedih1

  • sedih10

  • sedih11

  • sedih12

  • sedih13

  • sedih14

  • sedih15

  • sedih16

  • sedih17

  • sedih18

  • sedih19

  • sedih2

  • sedih3

  • sedih4

  • sedih5

  • sedih6

  • sedih7

  • sedih8

  • sedih9

x
(Ubah saiz teks)

SEPANG: Laporan akhir siasatan teknikal berhubung insiden nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MH17) dijangka diterbitkan pada awal Oktober ini.

Laporan itu akan diterbitkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan dan menjalankan siasatan berdasarkan piawaian serta ketetapan dalam Lampiran ke-13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak DSB telah menerbitkan laporan awal yang mengandungi penemuan awal mengenai kemalangan MH17 pada September tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, draf laporan akhir siasatan ke atas kemalangan dan penyiasatan yang berkaitan dengan laluan penerbangan telah diedar kepada wakil bertauliah bagi setiap negara yang terlibat dalam pasukan penyiasat pada 2 Jun lalu.

"Mengikut peruntukan di dalam Lampiran ke-13 ICAO juga, wakil-wakil bertauliah ini mempunyai 60 hari untuk mengemukakan komen terhadap laporan tersebut.

"Pihak DSB kemudiannya akan menilai komen tersebut sebelum memuktamadkan laporan akhir bagi insiden ini. DSB dijangka menerbitkan laporan akhir insiden kemalangan MH17 awal Oktober 2015," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Memperingati Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pagi Sabtu.

Majlis memperingati ini diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

Kira-kira 1,000 tetamu jemputan hadir pada majlis ini yang disertai menteri-menteri Kabinet, waris dan ahli keluarga mangsa nahas, wakil-wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Ini termasuk duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi asing ke Malaysia, pihak pengurusan tertinggi MAS dan kakitangan serta pemimpin-pemimpin pelbagai agama.

Tags / Kata Kunci: MH17 , ICAO , DBS , KLIA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan