KKM Sentiasa Pastikan Petugas Punya Masa Lapang Secukupnya

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 5:36 PM

Dr Afifah meninggalkan suami, Dr Mohd Hafizuddin Azman dan anak lelaki berusia setahun, Abdullah Mifzal.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memastikan petugasnya termasuk doktor dan jururawat mempunyai masa lapang secukupnya supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kementeriannya sentiasa mengkaji cara kerja kakitangannya bagi memastikan mereka mempunyai masa lapang terutama untuk berehat, namun menegaskan petugas itu perlu mengurus masa lapang diberikan dengan baik.

"Ada banyak tuduhan di media sosial mengatakan sistem 'on call' menyebabkan berlakunya kemalangan mengakibatkan kematian seorang petugas, tetapi on call bukan sesuatu yang baharu dalam sejarah perubatan.

"Saya tidak ketepikan pandangan diberikan cuma saya mahu semua orang pastikan kadang-kadang itu bukan satu sahaja jadi punca (kemalangan), boleh jadi sebab pelbagai," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan pencalonan untuk bertanding sebagai Pengerusi Cawangan MIC Ujong Pasir di sini, Sabtu.

Pada Rabu lepas seorang pakar bius Dr Afifah Mohd Ghazi, 27, maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar pokok di Sungai Buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Hospital Sungai Buloh.

Kemalangan itu kemudian menjadi viral di media sosial yang kebanyakan pengguna media itu mendakwa Dr Afifah memandu dalam kepenatan setelah bertugas 'on call' yang agak sibuk dengan pelbagai kes kecemasan.

Dr Subramaniam berkata sistem 'on call' itu mungkin dikaji semula sekiranya hospital di negara ini mempunyai petugas terutamanya doktor yang cukup bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat.-- Bernama



iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan